All About Auction adalah program lelong yang diadakan pada 16 Februari 2012 bertempat di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini bermula pada pukul 2petang sehingga 5petang dimana program ini adalah program di bawah tanggungjawab exco lawatan PEHARTA iaitu Muhamad Syamil Bin. A. Rahim sebagai pengarah program. Seramai 38 orang peserta dari ahli PEHARTA yang turut serta menjayakan program ini.
tujuan program ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada ahli PEHARTA berkaitan dengan lelongan harta tanah sejurus dengan kursus Pengurusan Harta Tanah ini. Sepanjang program berjalan, kami diberi taklimat oleh Timb. Pengarah PTGWPKL. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pensyarah kami iaitu Pn. Tuti Haryati Bt. Jasimin.
sekian.