Wednesday 29 February 2012

ALL ABOUT AUCTION

All About Auction adalah program lelong yang diadakan pada 16 Februari 2012 bertempat di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini bermula pada pukul 2petang sehingga 5petang dimana program ini adalah program di bawah tanggungjawab exco lawatan PEHARTA iaitu Muhamad Syamil Bin. A. Rahim sebagai pengarah program. Seramai 38 orang peserta dari ahli PEHARTA yang turut serta menjayakan program ini.

tujuan program ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada ahli PEHARTA berkaitan dengan lelongan harta tanah sejurus dengan kursus Pengurusan Harta Tanah ini. Sepanjang program berjalan, kami diberi taklimat oleh Timb. Pengarah PTGWPKL. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pensyarah kami iaitu Pn. Tuti Haryati Bt. Jasimin.














sekian.

Tuesday 28 February 2012

RAMAH MESRA RUMAH BAKTI


Pada 7 januari 2012, PEHARTA telah menganjurkan program ramah mesra bersama rumah anak yatim Bakti. Program ini adalah program kedua PEHARTA selepas OGM (Ordinary General Meeting). Bertempat di padang besar UTM International Campus dimana ianya bermula dari 8pagi sehingga 5petang. program ini dibawah arahkan Fathiah Khalidah Bt Khalid iaitu sebagai exco kebajikan PEHARTA.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ikatan silaturrahim antara pelajar kolej dengan adik-adik rumah Bakti disamping memberi pendedahan kepada adik-adik dari rumah bakti tentang kehidupan di kampus sebagai mahasiswa.

Aktiviti ini bermula dengan membawa mereka melawat keadaan disekeliling UTMKL dan diteruskan dengan sukaneka sehingga makan tengahari. kami turut menjemput maskot A&W semasa makan tengahari. kemudian disertakan juga ceramah motivasi dan akhir sekali LDK dan minum petang yang bertempat di Dewan Banquet UTMKL.









~wassalam~